ā—‰ CHAT DENGAN RIZKEE

Lately, ramai client dan juga sahabat handal yang bertanya tentang Skim Lindung 24 Jam dibawah PERKESO.

LINDUNG 24 Jam ialah Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja yang memberi perlindungan kepada pekerja yang layak jika mereka mengalami kemalangan diluar waktu kerja dan tidak berkaitan dengan pekerjaan. Perlindungan adalah selama 24 jam sehari sepanjang tempoh penggajian.

Apa beza LINDUNG 24 JAM (PERKESO) dengan PELAN TAKAFUL MEDICAL CARD INDIVIDU (Khususnya di GETB)?

šŸ‘‰ Rawatan perubatan yang ditanggung oleh PERKESO bagi kemalangan yang dilindungi:

•⁠ ⁠Faedah hilang upaya sementara, jika kemalangan menyebabkan anda tidak boleh bekerja buat sementara waktu.
•⁠ ⁠⁠GETB: Hanya sesetengah pelan takaful yang ada riders yang memberikan manfaat berkaitan kes kemalangan, contoh kecederaan akibat kemalangan dan tak boleh bekerja, peserta akan dapat pampasan MC setiap minggu.

•⁠ ⁠Faedah hilang upaya kekal, jika kemalangan mengakibatkan kecacatan kekal.
•⁠ ⁠GETB: Pelan medical card komprehensif seperti i-Great Damai/Damai2.0, i-Great Aman & i-Great Evo) mempunyai coverage seperti ini. Jika pelan standalone (medical card sahaja) seperti i-Great Medimax/Mediharapan, pelan ini tiada coverage hilang upaya kekal.

•⁠ ⁠Faedah orang tanggungan, sekiranya pekerja meninggal dunia akibat kemalangan yang dilindungi.
•⁠ ⁠GETB: Pelan medical card komprehensif seperti i-Great Damai/Damai2.0, i-Great Aman & i-Great Evo) mempunyai coverage seperti ini. Manfaat kematian akan diberikan kepada penama yang diletakkan sekiranya orang yang dilindungi meninggal dunia untuk apa jua jenis kematian (kematian biasa, akibat kemalangan mahupun disebabkan oleh penyakit). Wang ini boleh digunakan oleh waris (penama) untuk teruskan kehidupan mereka.

•⁠ ⁠Faedah pengurusan mayat (pengebumian).
•⁠ ⁠GETB: Pelan medical card komprehensif seperti i-Great Damai/Damai2.0, i-Great Aman & i-Great Evo) mahupun pelan perlindungan nyawa seperti i-Great Nova/Chinta/Mega/Mega+ mempunyai coverage seperti ini. Kebiasaannya antara RM2000-RM5000 untuk setiap sijil takaful.

•⁠ ⁠Elaun layanan sentiasa, bagi kes tertentu yang memerlukan penjagaan berterusan.
•⁠ ⁠GETB: Tiada dalam pelan takaful individu. Hanya elaun harian semasa di hospital sahaja yang ada.

šŸ‘‰ Apa yang tidak dilindungi dalam LINDUNG 24 JAM (PERKESO)?

•⁠ ⁠Kemalangan yang berlaku di luar Malaysia.
•⁠ ⁠⁠GETB: Pelan GETB memberikan perlindungan nyawa dan kos rawatan diluar Malaysia sehingga 90 hari dari tarikh pelepasan.

•⁠ ⁠Penyakit seperti diabetes, darah tinggi, demam dan penyakit lain yang bukan berpunca daripada kemalangan.
•⁠ ⁠⁠GETB: Pelan medical card GETB melindungi semua jenis penyakit atau kes kecederaan akibat kemalangan (tertakluk kepada beberapa pengecualian seperti kehamilan, kes jenayah, penyakit sedia ada sebelum ambil takaful dan sebagainya).

šŸ‘‰ Jadi perlu ke ambil pelan LINDUNG 24 JAM ni?
•⁠ ⁠Ada 3 pendapat dekat sini:

1.⁠ ⁠Kalau TIADA pelan takaful perlindungan nyawa & medical card, seeloknya ambillah Skim LINDUNG 24 Jam ini.
2.⁠ ⁠⁠⁠Kalau ADA pelan takaful perlindungan nyawa & medical card, ada kewangan yang lebih, ambil saja Skim LINDUNG 24 Jam ini. Lagipun hanya 0.75% saja dari gaji kita.
3.⁠ ⁠⁠Kalau ADA pelan takaful perlindungan nyawa & medical card, tapi kewangan agak ketat, maka tak perlu ambil. Boleh Op-Out seperti yang dibenarkan.

Akhirnya, terpulang kepada kebijaksanaan anda semua untuk timbang tara setiap pilihan yang ada. Apa pun keputusan anda, ianya demi kehidupan yang sempurna untuk diri dan keluarga pada masa akan datang. Wallahua’alam..

Berminat nak dapatkan Quotation Pelan Takaful Medical Card/Hibah?

Klik Button dibawah

Leave a Reply

Discover more from RIZKEE JOHARI ACADEMY

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading